Monday, October 20

"I want to touch a dog!"

Assalamualaikum w.t.b..

Mungkin coretan kali ini akan mengundang spekulasi / pandangan hina dan negatif segelintir pembaca but then again, bear in mind that this is just a humble opinion.


"I want to touch a dog!" merupakan satu acara yang dijalankan selama 2 jam di Central Park, Damansara. Acara berlansung dengan pendedahan mengenai cara sentuh dan samak/sertu anjing dalam konteks Islam dan memberi peluang untuk pengunjung mengatasi masalah takut dengan anjing.

Dalam Islam pun tak suruh kita membenci anjing. Malah anjing dibenarkan untuk pegang sekiranya perlu atau dalam erti kata lain, sekiranya bersentuhanan dengan anjing tetapi perlu disamak sekiranya terkena sebarang anggota badan anjing yang basah.

Saya tak lah hebat. Memang banyak khilaf. Maka, disini saya sertakan beberapa video ceramah dari ustaz-ustaz yang saya kerap tengok. Dan ini antara ilmu yang mereka sampaikan khas untuk hukum sentuh/bela anjing dalam Islam.


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Ustaz Rasul Dahri



Ustaz Azhar Idrus


Ni semua ilmu untuk kita renungkan. Saya tak cakap sila lah pegang mana-mana anjing yang anda jumpa lepas ni. Tapi saya nak kongsi ilmu tentang konteks anjing dalam Islam. Ya betul, saya tak lah alim dan penuh ilmu didada. Tetapi tak salah kita kongsi ilmu sesama kita kan? :)

sumber: The Malaysian Insider

I don't think that event was to challenge the authorities, religion department or even anyone. Ianya sekadar untuk memberi kesedaran dan ilmu. Ada yang kata mencabar agama Islam, Rasulullah s.a.w, Allah s.w.t dan juga Imam Shafi'i.. *mintak dijauhkan*

Tapi jom kita baca dan renungkan kata-kata Imam Shafi'i:

“Setiap orang boleh mengingati sesuatu riwayat dan boleh pula melupakannya. Adapun pendapat yang kami cetuskan atau kami dedahkan sumbernya tetapi berlawanan dengan apa yang berasal daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam maka yang benar adalah apa yang berasal daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan itulah pendapatku.”


“Apabila kamu mendapati di dalam kitabku sesuatu yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka berkatalah kamu dengan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan tinggalkanlah apa yang aku kata.”

Dan dalam riwayat lain: “Maka ikutlah ia (Sunnah Nabi) dan janganlah kamu berpaling-paling kepada perkataan seseorang yang lain.”

“Apabila sahih sesuatu hadis maka itulah mazhabku.”

See, Imam Shafi'i sendiri pun meletakkan kedudukan hadis Nabi lebih tinggi dari kedudukannya.

In my opinion, niat penganjur tu baik untuk memberi kesedaran kepada semua umat Islam. Ada yang kata niat tidak menghalalkan cara. Betul.. Tapi siapa lah kita untuk kata apa dia buat tu haram sedangkan Allah lebih mengetahui.

If I've been given a chance, I might go because I want to overcome my fear on dogs (sebab pernah kena kejar masa kecik), learn how to deal with dogs and also how to "samak".

Saya mungkin kena hentam/kutuk untuk entri kali ni but then again, this is just my humble opinion.

Saya minta maaf sekiranya ianya menyinggung mana-mana pihak.