Friday, June 17

rindu kamu

lapar la. bukan lapar nasi or yang seumpamanya. tapi lapar kuih tart telur. huhu. dekat carrefour ada kedai bakery. so ada la jual tart telur. THE BEST tart telur i have ever tasted. seriously! best gila weh. sedap. sekarang ni, rindu pulak tart telur tu. nak pergi beli, malas nak keluar sebab malas nak drive. T__T  padahal 5 minit je kalau drive pun.

takpe la. dah call mama minta tolong mama belikan. since dia dekat luar dengan kawan-kawan kan. tapi..

me : mama, balik lewat tak?
mama : kenape?
me : tolong belikan tart telur kat carrefour tu.
mama : tengok la camne. kalau mama lalu la carrefour tu.
me : ok. yelaa 

*tsk tsk

so call syimir pulak..

me : boy, katne?
syimir : kat sunway. kenape?
me : ala, baru nak mintak tolong belikan tart telur kat carrefour.
syimir : ala, kakak keluar la.
me : malas.
syimir : boboy balik lambat.
me : hmm takpe lah.


so, terpaksa la keluar kejap lagi.


serious sedap. aku tak tipu.

ok lah. nak keluar ambil syamim. boleh singgah carrefour kejap. hehe :D


bye!


p/s: korang tak nak try ke? =)