Saturday, June 18

PETS

aku teringin nak bela hamster. tapi mama tak bagi. dia cakap

"tak nak lah ade spesis tikus kat umah "

huhu. so aku batalkan je niat. nak bela kucing memang tak la sebab aina dan mama memang takut dengan kucing. diaorang geli sikit lagi-lagi kalau kucing tu datang dekat kaki.

so, aku just nak kongsi few pets yang kitaorang bela di rumah. yang di-approve oleh mama :)




ikan-ikan dan rumahnya :)

ni kolam ikan dekat luar rumah. ada juga bela ikan dalam akuarium dalam rumah. kalau dalam kolam ikan, ada ikan koi, ikan kap, ikan jelawat, dan ikan bandaraya. tapi ada ikan lagi satu. aku lupa. apa entah nama dia.

kalau ikan dalam akuarium pula ikan kelisa. ada 2 ekor. besar gila.


ha kannnn. besar kan? dah cakap dah. tak tipu. huhu  ^_^

next is ayam. haha. yes people. AYAM !



hehe. ada dua ekor je. dua-dua ayam hutan. dari kelantan ayam-ayam ni. papa bawa dari kampung :) bukan kawasan kampung je boleh ada ayam ok. ahakss :P

dah siap bertelur ok. tak percaya ?


ha see. ada 4 biji !! hehe. comel je kan? tunggu dah menetas, aku upload then korang tengok. hehe


haaa situ la tempat dia bertelur. nampak tak anak panah tu? situ la. hehehe. papa cakap letak payung sebab nanti kalau hujan, basah habis telur-telur tu. so, lindung la sikit kann :)

ada lagi. burung merbuk. ada 3 ekor. tapi aku malas nak upload sebab letak dalam sangkar. so bagi sesiapa yang tak boleh tengok pets dalam sangkar, aku tak upload la. plus, i cannot take a good picture because of the cage. sebab guna handphone je.


p/s: baru lepas bersihkan kolam ikan dengan aina and papa. ^_^